Wednesday, July 18, 2012

Assalamualaikum..

Ermmm.. tak der citer hangat pun.. tahun nie nampaknya kita akan sambut puasa dan berhari raya lagik, tahun nie, patutnya turn umh mak mertua ..tapi mak n ayah MIL g umrah dan sambut puasa dan raya dia mekah, jadi turn umh saya lagik laaa...heehee... saya suka.. saya suka..

Semoga mak dan ayah sihat selalu di sana sambil beribadat..

Jadi selamat berpuasa buat teman2.. walau dimana anda berada...





Wednesday, June 13, 2012

Apakah Yang Perlu Kita Buat Sebelum Tidur


 Assalamualaikum

Rasullah berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.
Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah....Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda:

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkanAl-Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan memperbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

sekian..sebagairenungan

Doa Sebelum Tidur dan Doa Sesudah Bangun Tidur

• Doa Sebelum Tidur :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu

Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati



• Doa Sesudah Bangun Tidur :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit


Keterangan :
Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :
عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ :  بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Ertinya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur Baginda membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)
agusw.penamedia

Cerita Disebalik Tidur

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

9.membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

10.Tutup aurat ketika tidur.

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi." 

Tidur pun boleh jadi ibadah, apabila diniatkan bila kita bangun nanti, nak buat kerja ibadah dengan lebih efisien dan signifikan. Selamat Malam!

Friday, April 6, 2012

Selamat Ulangtahun Yang Ke-9

Hari ini Ulangtahun Perkahwinan kami yang Ke-9, Semoga perkahwinan kami akan kekal abadi hingga hujung nyawa... Terima kasih kepada suamiku,sebab sayangkan aku dan anak-anak.. walaupun ada dugaan yang datang, kami dapat harunginya... huuhuuu..


      (Gambar nie masa nikah 6/4/2003 .. sweetnya aku.. haahaa perasan..)




Thursday, March 22, 2012

1st entry di tahun 2012

Salam semua..

Salam bersiaran..maaf arrr lama bebenor puan sorang nie nak bersiaran.. sejak dari ujung tahun lepas sampai bulan 3 2012 nie, aku dok sorang2 kat office.. kawan kecayangan ku telah selamat bersalin, so aku laa kena wat semua keje .. dan banyak sebab gak laa  aku malas nak update blog nie.. sian aku kan.. tak per.. cayang aku dh nak naik kejer dah.. haahaaa... miss u..http://mrs-ainlaily.blogspot.com/.. 

dan silalah layan gambor aku.. kan..heehee... gambor honeymoon ku.. (mana datang plak..honeymoonnya...)


ni gambar masa kami g Swiss Garden Lumut, Perak, Dis 2011


Di Faser Hill Nov 2011



 yang nie rombongan kami ke kelantan.. sambut menantu MIL yang terakhir, Jan 2012


Friday, November 4, 2011

Cuti-Cuti Part 1 - Colmar Bukit Tinggi

Assalamualaikum....

lama x  update kan...minggu lepas cuti raya depavali dapat gak aku sekeluarga pi jalan..cuti2 di Pahang...apa yg ada di sana, meh layan gambor mak ni yerk..

26 Oktober 2011 - Colmar Bukit Tinggi









  

Penutup gambor mak yang meletop nie errmm.. haahaa..

Monday, October 17, 2011

Rahsia Bantal.....


1)  Memeluk Bantal

Mereka Yang Suka Memeluk Bantal Biasanya Berjiwa Seni. Mereka  Mempunyai penghargaan Yang Tinggi Terhadap  Lukisan, Muzik Dan Sastera.   Perasaan Mereka Halus Dan Jiwa Mereka Romantik.  Kadangkala Ada Yang   Boleh Membaca Peristiwa Yang Akan Berlaku Melalui   Mimpi. Mereka   Juga Sangat Prihatin Terhadap Kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka Biasanya Kurang Kenyakinan. Dalam   Kehidupan Seharian   Mereka Memerlukan Banyak Pendamping. Mereka   Jarang Membuat   Keputusan Sendiri, Sebaliknya Mendapatkan   Pandangan Orang Lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka Bukan Jenis Mengada-Ngada Dan Boleh   Menerima Keadaan   Seadanya. Mereka Juga Membuat Keputusan   Berdasarkan Fikiran Dan   Bukan Nafsu Semata-Mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki


Mereka Mempunyai Sifat Kurang Baik. Mereka Jarang   Bergaul Dgn Org Ramai, Malah Kaku Dalam Pergaulan.. Ini   Menyebabkan Mereka Cenderung Bersifat Egois. Mereka Juga Gemar Menempuh Jalan Pintas  Untuk Mencapai Cita2. Mereka Tdk Suka Berusaha.

5) Tidur Tanpa Bantal

Mereka Memiliki Sifat Percaya Diri Yang Sangat Tinggi. Kadangkala Sifat Percaya Diri Ini Akhirnya Akan   Membawa Kepada   Sifat Ego.

6) Tidak Punya Bantal

Kasihan Betul... Pergi Kedai Belilah Satu, Bukanya Mahal Pun..!!

7) Bantal Bucuk....
Yang ni kene ada kalo tak, cik miera tak boleh tido...









Wednesday, October 12, 2011

Budak Comot...

Salam sumer...ermmm skrg mood nk berblog makin malas nampaknya...sila layankan.. budak comot mama nie, suker sgt main bedak, lepas mandi, nie laa hasilnya...
comey sgt anak mama nie..bertuah sgt kan... heeehee




Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualakum..

Ahamdulillah ..habis sudah bulan ramadhan..dan tiba plak syawal..yang dinanti tahun nie giliran mama beraya di kampung mama, Kg. Bukit Badong, di Batang Berjuntai..yeyeh...sgt meriah, sebab kakak dan abang sumer ada beraya samer tahun nie..sempat laa mama tahun anyam ketupat dan masak2 untuk juadah hari raya..nasib tahun ni papa dapat cuti..2 hari jer... pn jadi laaa.. Alhamdulillah...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN  

kepada semua yang mengenali diri mama ini, maafkan segala dosa dan bicara yang menyentuh hati..






Friday, August 19, 2011

Tanda-Tanda Lailatul Qadar






Beberapa alamat Lailatul Qadar Di dalam beberapa hadis yang sahih ada diterangkan alamat atau tanda bagi mengenal Lailatul Qadar.

Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk. [Shahih al-Jami' al-Shagheir, hadis no: 5475]

Kemudian pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik. [Shahih Muslim, hadis no: 762]

Sekali pun telah diterangkan dua alamat Lailatul Qadar, seseorang itu hanya akan dapat mengetahui secara yakin bilakah Lailatul Qadar setelah berakhirnya bulan Ramadhan dengan menganalisa kesemua sepuluh malam terakhir berdasarkan alamat-alamat di atas. Ini kerana alamat-alamat di atas mungkin wujud secara berbeza-beza di antara malam yang berbeza-beza.

Sebagai contoh, malam 21 mungkin memiliki alamat sinaran matahari yang tidak terik pada pagi harinya, malam 23 mungkin memiliki alamat suasana yang nyaman, malam 25 mungkin memiliki suasana yang lebih nyaman berbanding malam 23, manakala malam 29 mungkin memiliki kesemua dua alamat sekali gus. Tujuan diterangkan alamat-alamat Lailatul Qadar bukanlah untuk menetapkan malam yang tertentu tetapi sebagai sumber motivasi untuk terus beramal dalam rangka mencari Lailatul Qadar.

Apa yang seharusnya dilakukan pada Lailatul Qadar? Mulai sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, hendaklah kita memperbanyakkan solat malam (Qiamulail). A'isyah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. apabila memasuki sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan, beliau mengasingkan diri daripada para isterinya dan menghidupkan waktu malam dengan Qiamulail. Baginda juga membangunkan keluarganya untuk turut berqiamulail. [Shahih Muslim, hadis no: 1174]

Doa Pada Lailtul Qadar

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda:  
"Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu."

Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr

Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu 'anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya:  

"Saya bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?" 

Maka ujar Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam:  "Katakanlah:
"Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini."

http://www.iluvislam.com




Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA

Selamat Berpuasa semua, semoga puasa tahun ni diberkati oleh NYA..
Alahamdulillah tahun ni, dapat kita membuat ibadah puasa..seperti tahun sebelumnya..
Selamat semuanya... heehee..


 


Thursday, July 14, 2011

KENDURI...Makan..makan..

Hari minggu yang lepas.. anak sepupu kahwin.. apalagi.. balik kampung laaa... aku ni kan orang jawa.. jadi bila ada kenduri kahwin ker, kerduri.. cukur jambul ker.. kenduri menyambut bulan poser... semuanya... citer pasal makanan.. errmmm... syurga makanan... pagi, petang, siang.. dan sampai ke malam.. semua hidangan makanan mesti ada.. tapi.. aku x sempat nak amik gambor makanan.. sebabnya sumer dh masuk peyut ku... heeheee..

Amik gambor... sepupu sepapat jer.. ada..heheee...

 ni laaa pengantin yang dirai...

 acara yang dinanti.. kutip gula-gula..

Anak lelaki aku.. opppsss salah arr.. anak sepupu...Ariff Zikry..

 Sepupu ku yang cute miut.. dan.. mak cik

Hidayah ngan adikku..

 Pengantin baru dan lama..

 kakak aku..




 budak ucuk..

 sepupu sepapat...






adik laki 


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin