Friday, November 20, 2009

Belajar mengira hari subur anda

PERANCANGAN keluarga secara semulajadi adalah berdasarkan kepada ketentuan masa hubungan kelamin semasa kitaran haid seseorang wanita.

Ia juga dikenali sebagai kaedah beritma ataupun kaedah masa selamat. Kaedah perancangan keluarga ini membantu sekiranya pasangan tersebut mengikuti tatacara jadual haid dengan tegas setiap masa.

Kejayaan kaedah ini bergantung pada:

* Mengenali bila telur akan dikeluarkan

* Menggunakan kaedah lain, seperti kondom pada hari kesuburan, ataupun tidak mengadakan hubungan kelamin langsung.

“Untuk memastikan keberkesanan kaedah ini, seseorang wanita itu harus tahu fungsi dan perubahan yang terjadi pada badan manakala suami pula berserta isteri mesti mengikuti pola-pola perubahan dengan tepat dan betul.

“Masih ada kebarangkalian untuk mengandung, jadi was-was itu mesti juga ditingkatkan,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Kaedah perancangan secara semulajadi di mana julat masa untuk hubungan kelamin menjadi pendek dan juga aktiviti kelamin secara spontan terencat ini memungkinkan pasangan enggan mengamalkan kaedah ini.

“Keberkesanan kaedah semulajadi ini tidak seperti kaedah-kaedah yang lain.

“Satu perempat dari mereka yang mengamalkannya mungkin termengandung,’’ tegasnya.

Kaedah semulajadi ini tidak sesuai untuk mereka yang

* Tidak sepatutnya mengandung disebabkan oleh masalah perubatan.

* Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan ramalan masa subur tidak dapat dilakukan

* Masalah dengan pendarahan abnormal dari faraj, radang faraj dan juga pangkal rahim, menyebabkan penentuan kesuburan melalui lelehan mukus serviks tidak tepat

* Penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti antibiotik, antitiroid dan juga antihistamin yang mungkin mengubah sifat tabii rembesan faraj, mengakibatkan kesukaran interpretasi mukus

* Keadaan yang tidak berkaitan dengan kemandulan seperti demam yang dapat mengubah suhu badan asas.

Memahami kaedah perancangan secara semulajadi

Wanita mempunyai dua ovari. Setiap satu darinya berada di sisi rahim. Saban bulan, ovari akan mengeluarkan telur yang kemudiannya akan memasuki tiub fallopio.

Ini dipanggil ovulasi dan ia berlaku pada 12 hingga 14 hari sebelum bermulanya pendarahan haid.

Menurut Dr. Shah Reza, wanita boleh mengandung sekiranya hubungan kelamin berlaku sekitar ovulasi - persenyawaan berlaku di antara telur dan sperma yang diejakulasi ke dalam faraj.

“Hasil persenyawaan ini akan bergerak melalui tiub fallopio untuk disematkan di dinding rahim yang kemudiannya membesar sebagai janin.

“Kaedah perancangan secara semulajadi ini merujuk ke kitaran haid, mengenalpasti hari kesuburan yang perlu dielakkan,’’ katanya.

Ovulasi

Bagi kebanyakan wanita, ujar beliau, telur dikeluarkan dari ovari sekitar dua minggu sebelum haid bulan berikutnya.

Telur ini berupaya untuk disenyawakan dalam tempoh 24 jam selepas dikeluarkan manakala sperma pula dapat bertahan selama tiga hari.

Jenis-jenis kaedah perancangan secara semulajadi

Wanita akan ditunjuk ajar oleh profesional perubatan ataupun kaunselor perubatan bertauliah serta harus tekal terhadap penghayatan kaedah yang dipilih.

Kaedah Mengesan Suhu Badan Asas

Sejurus selepas ovulasi, suhu badan wanita akan meningkat sedikit.

“Satu jangka suhu khas digunakan untuk menyukat suhu badan wanita sejurus bangun tidur dan bacaannya diplotkan sebagai satu graf. Suhu diambil setiap hari.

“Suhu badan seseorang wanita itu turut dipengaruhi oleh demam, tidur yang terganggu serta jadual pekerjaannya terutama yang bersyif,’’ kata Dr. Shah Reza.

Pasangan yang menggunakan kaedah suhu ini tidak boleh mengadakan hubungan kelamin sehingga tiga hari selepas meningkatnya suhu badan.

Kaedah Mengenalpasti ovulasi secara penelitian mukus pangkal rahim

Melibatkan perubahan jumlah mukus yang terhasil serta penelitian pada ketekalannya.

“Lazimnya, wanita akan berasa kelainan pada lelehan mukus yang keluar melalui faraj semasa ovulasi. Perubahan inilah yang harus ditelitikan.

“Bagi kebanyakan wanita, faraj terasa kering sejurus selepas haid sebelum lelehan mukus menjadi lebih bergetah kemudiannya’’ Sebelum ovulasi, mukus ini bertukar menjadi lebih basah dan melicin.

Hari-hari terakhir kebasahan mukus ini selari dengan hari kemuncak ovulasi, kemudiannya mukus akan menjadi lebih kental, mungkin juga langsung hilang dan kekeringan dirasai kembali.

Dr. Shah Reza berkata, masa selamat bermula pada 10 atau 11 hari dari penghujung haid dan juga semasa faraj dirasai kekeringan.

“Masa kesuburan iaitu masa wanita tidak boleh melangsungkan hubungan kelamin bermula dengan petanda pertama mukus dan berlangsung sehingga empat hari selepas hari kemuncak ovulasi.

“Walaupun semasa pendarahan dianggap selamat, mengandung mungkin juga boleh berlaku semasa pendarahan disebabkan oleh penghasilan mukus yang mungkin bertindih dengan masa haid.

“Ini sekali gus memberikan perlindungan dan juga tempat untuk sperma berlabuh selamat. Jadi, wanita haruslah berwaspada,’’ jelasnya.

Mengulas lanjut, kaedah mukus tidak menggunakan alat penyukat suhu badan - memberikan satu kelebihan untuk mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu.

Bagaimanapun, lelehan mukus ini mungkin tercelaru dengan infeksi faraj, keghairahan seksual, penggunaan bahan pelicin serta ubat-ubatan yang dimakan.

Kaedah Simptotermal

Menggabungkan kedua-dua kaedah suhu dan penelitian mukus. Sebagai tambahannya, seseorang itu harus berwaspada pada tanda-tanda lain ovulasi seperti:

* Kesakitan di bahagian abdomen mungkin juga disertai oleh kekejangan.

* Darah menitik melalui faraj

* Perubahan dengan kedudukan serta keteguhan, kekukuhan pangkal rahim

“Wanita perlu menahan diri dari hubungan kelamin bermula dari kehadiran mukus atau rasa basah sehinggalah hari ketiga selepas peningkatan suhu badan atau pun empat hari selepas kemuncak penghasilan mukus.

“Disebabkan banyak faktor yang dimasukkan ke dalam kaedah ini, jadi kaedah ini lebih berkesan berbanding kaedah-kaedah sebelumnya. Namun begitu, batasan yang mempengaruhi juga adalah sama,’’ Dr. Shah Reza.

Kaedah Kalendar

Juga dikenali sebagai kaedah beritma di mana wanita harus merekodkan dengan pasti kitaran haid selama enam bulan.

Kemudiannya, satu pengiraan sifir mudah digunakan. Kitaran haid dikira dari hari pertama pendarahan hinggalah ke hari pertama haid yang berikutnya.

Kitaran haid biasanya selama 28 hari tetapi julatnya boleh di antara 23 hingga 35 hari, masih dikira sebagai normal. Cara kiraannya:

* Untuk kitaran haid terpendek, tolak harinya selama 18 hari. Ini memberikan hari pertama kesuburan.

* Untuk kitaran haid terpanjang, tolak harinya selama 11 hari. Ini memberikan hari terakhir kesuburan

Sebagai contohnya, jika sepanjang enam bulan penelitian kitaran haid didapati kitaran terpendek adalah 25 hari manakala yang terpanjang 35 hari:

Kitaran terpendek - 18 = 25 - 18 = 7 hari

Kitaran Terpanjang - 11 = 35 - 11 = 24 hari

Bermakna, hari kesuburan iaitu hari di mana hubungan kelamin perlu dielakkan bermula pada hari ketujuh dan berakhir pada hari ke-24.

Kaedah laktasi Amenorrhoea

“Bermakna, seseorang tidak akan datang haid disebabkan oleh perubahan hormon badan akibat menyusukan bayi.

“Hormon prolaktin meningkat, jadi kitaran haid dan juga ovulasi tidak berlaku, langsung kehamilan dapat dielakkan,’’ kata Dr. Shah Reza.

Untuk kaedah ini berjaya, penyusuan harus secara eksklusif tanpa gangguan pemakanan formula bayi.

“Selang di antara penyusuan tidak melebihi empat jam pada sebelah siangnya dan tidak pula melebihi enam jam pada malam hari.

“Lagi khusus penyusuan dan lagi lama anak menyusu bada, lebih berkesanlah kaedah ini. Sekiranya penyusuan diselang-selikan dengan susu formula, lagi cepatlah kitaran haid akan bermula, lagi cepat jugalah kebarangkalian untuk mengandung.’’

Tambah beliau, kaedah laktasi amenorhea lebih berkesan untuk mereka yang berumur disebabkan oleh pertambahan faktor fisiologi kesuburan yang menurun dengan peningkatan umur.

Secara umumnya, kaedah ini mempunyai dua peratus kebarangkalian untuk mengandung pada enam bulan pertama selepas kelahiran, tetapi apabila sahaja pendarahan haid berlangsung, risiko mengandung memuncak.

Dr. Shah Reza turut menasihati para suami agar memberikan kerjasama sekiranya bilangan unit keluarga mahu ditetapkan.

“Sebagai ketua keluarga, mereka tidak sepatutnya menyalahkan isteri sekiranya kegagalan berlaku, juga tidak sepatutnya memaksa si isteri untuk mengamalkan mana-mana kaedah perancangan.’’


p.s... kalo.. mama insyallah.. tapi sekarang tengah makan..ubat peran...g yas..m



Thursday, November 5, 2009

Bersantai di Pantai Port Dickson

Sebenarnya.... minggu lepas kakak tak der kat umh, dia ikut mak tok dia pergi johor, seminggu dia tak der... emm..eemmm merindu rindu mama ngan kakak, kalo ader kat umh kejer nak berkelahi jerk ngan mama dia... biler tak der rindu sgt2, so ahad lepas kami amik kakak.. bukan ker johor pun tapi sampai PD jer, adik ipar mama dok kat melaka, jadi hantar kakak sekerat jln jer, pagi2 mama dah masak masakan kegemaran kakak apalagi udang masak merah laa, kami sampai PD kul 12.30tgh hari.. cari port baik punyer, emm rupanya adik ipar dah sewa tempat tuk satu hari rm15, emm bolehlaa betul..betul ngadap pantai..
sampai..sampai jer perut dah lapor.. makan dulu.. yg kakak tak sabar..sabar nak mandi.. tukar2 baju.. terus main air.. sorang..sorang.. pn ok jer dia..


emm.. tengok aksi kakak nie.. dia ni.. kalo bley x mo balik.. dah naik hitam badan pn. dia nak berendam gak..


amiera.. tak kira kat mana, tak kira panas terik.. dah mengantuk.. apalagik debum.. laa
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....zzzzzz...zzzzz


Thursday, October 29, 2009

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL

SENYUM.. SENYUMM... 1....2.....3......CISSSSSS..zccczzzzzzzzzzz

emmm.. geram..engok baby senyum.. senyum comel sangat.. mama pun teringinlaa nak masuk contest tu.. huuhuu cam best kan..


Pemenang Utama x 1 org:
~Outdoor photography for 1 hour~
(unlimited shots)
~1 sticky album with the best 20 photos~

Pemenang sampingan x 2 org:
~Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50.00~

Contest ni dari 15.10.2009 - 31.10.2009 for si comel yang baru lahir sampai la yg berusia 4 thn. So, mama layak coz amiera berusia 6 bulan pada tarikh tutup contest ni.
Contest will be closed at 31.10.2009, 11.59pm.
*
*

*


*


*



Nama saya : Nur Irlyna Amiera binti Saifuddin Hafiz (nama glemer miera...oppppss)

Umur saya : Emm.. cukup....cukup... 6 Bulan..


gambar rayer nie..




mana pilihan.. anda.. sumer.. saya cenyum.. cenyum.. nie.. saya cuke cenyem.. kan.. mama.. kan..tapi kalo macam pun saya ..boleh wat.. heehee.. ukuh..uhukkk

Tuesday, October 20, 2009

Taman Tasik Shah Alam

Hari minggu yang lepas.. bosan dok umh.. asyik merap jer.. jadi.. kakak pn sibuk tanya.. kiter tak kuar ker mama... pie tanyer papa.. nak kuar tak. emm barang umh pun dah banyak yg abis, so.. lepas g taman g shopping plak..

ucakkk..

miera g taman pun bok yer..

eemm... dapnyer.. x kasi ma pun..

bosan laa mama kiter g jln..jln.. nak..


Tuesday, October 13, 2009

Sweet Memories

Sejak dah tinggalkan alam persekolahan...byk kenangan yg kiter ader kan.. yg manis, yg pahit.. dan ader yg kenangan yg aku x mo ingat pun ader (ader ker.. huhhuu..putus cinta monyet kut.. kuang...kuang..)..punyerlaa jenuh aku korek2..gambor2 lama aku.. ader laa aku jumper.. gambo masa sekolah2 dulu..jeng..jeng.. ader yg perasan mananyer puan besar sarinawati tu..silalah jelajah yer kawan..kawan..
tomei tak aku.. sila jgn jelos no..

Cari dimana aku.. yang tomei tu..tuuutt . darjah 5- sek.keb. kg. bukit badong, btg berjuntai


darjah 6- 1991

Tingkatan 3 (1994) - SMRMM, Btg Berjuntai

Tingkatan 4 (1995)

Tingkatan 5 (1996)




Monday, October 12, 2009

Majlis Cukur Jambul dan Majlis Pernikahan Adik Ipar

3 Oktober lepas mama dan family belah hubby ader wat kenduri kat penang, adik ipar nikah petang tu, jadi bagi mengisi masa untuk majlis akad nikah kami tumpang sekaki tuk majlis cukur jambul Nur Irlyna Amiera, majlis kecik2 jer,alhamdullilah.. selesai jer majlis.. waawaa penat woo... dari hari raya hari tu non stop.. raser lunyai badan nie.. (pa.. cit ma yer..ngader2)balik dari penang ..isnin tu mama exam PTK..waawaa mama x baca buku pun.. jawab jer laa aper yg terlintas kat otak.. niee ..dah tu.. camno.. nak buek..kojer ..tetap kojer kan..meh layan gambo amiera tomey2 mama ni..sejuk mato..



gambor tuan nyer blog harus ader.. heehee (Nak Gak..)

(Semoga Berbahagia hingga Ke Akhir Hayat..Amin...)






Wednesday, September 30, 2009

Selamat Hari Jadi Mama dan Kakak

Selamat Hari Jadi Kakak Yg Ke- 5

18hb September hari tu besday kakak.. yang ke 5 tahun.. mama x sempat nak update.. laaa sayang.. lagipun masa tu sibuk nak hari rayer kan.. apapun.. mama harap. kakak jadi anak yang soleha.. amin.. besday mama plak 21hb, masa tu rayer ke-2 lagiklaaa hai... buat mana yang sempat jer.. mama dah masuk 30an daaa.. emm anak pn dah 2 kan..


tengoklaa.. gaya kakak 2.. emm nak jadi model laa niee..




Blog Widget by LinkWithin