Thursday, January 27, 2011

cIK MIEra..

ambooi... anak dara aku dh besar panjang...heehee.. cam x cayer jer.. anak dara kecik aku nie.. nk masuk 2 tahun bulan 4 nie.. dan macam2 ragam... dibuatnyer..dah pandai sebut perkataan .. yang jelas jugak laa...pandai nak majuk2.. ngan mama ngan papa...

kalo gaduh ngan kakak... suara dia jer aku dengar.. dengar melalak... mama.....mama...mintak tolong diselamatkan.. dari dibuli kakak.. ke.. adik yang buli kakak..heehee.... anak mama..nie.. eeeiiiii... mmg selalu wat mama geram..


wat bibir seksi plak ko dik..

jeling..jeling..

Tuesday, January 25, 2011

Entry Pertama di Tahun 2011

Salam semua....
ini adalah entry pertama..tahun ni.. bulan ini.. adakah.. aku dh tak berminat...dengan blog aku ni.. uhhh tidakkkkkkkkkk...... aku sekarang nie... sejak masuk tahun 2011 rutin aku dh berubah sikit.... sejak anak dara aku dh masuk darjah satu.. aku kene gigih.. nak menyiapkan segala persediaan.. persekolahan.. urusan rumah .. kerja.. .. so aku amik masa nak sesuaikan sumer nie..

alhamdulillah.. aku dh kembali semula... heehee... kalo leh macam2 citer aku nk tepek kt sini.. kang nnti over plak.. skit2 dh ler...tu laaa aku nie... tapi aku janji ngan diri aku.. nak lakukan  yang terbaik tuk diri aku..azam tahun nie.. aku mesti laksanakan.. caiyokk...caiyok..


alaaa... tomeinyer anak aku.. heehee

Wednesday, December 1, 2010

Nak buh tajuk aper nie..

Hisss Comotnyer.. anak aku.. cik miera ni suker makan coklat.. hari2 dok dpn peti sejuk.. sebab nak suh mama buka peti.. keluarkan coklat... heehe.. naper saya suker mkn coklat.. emm..sebab cedap arrr mama...

 ucak...

Tengok apa yang ada di genggamannyer..

  
 wah..wah.. gedik2 kakak..masa ni kat Jusco Bukit Tinggi, Klang

 Anak dara ku..

 Aku  pn gak..

dan gambar.. ucuk2..

Monday, November 29, 2010

Buki Melawati.. Kuala Selangor..

Wah.. Entry melancong nampak..

Oit.. jauhnyer.. haa kalo korang nak tau.. aku nie... anak jati kuala selangor.. so apa lagik tempat pelancongan yang amat terkenal di seluruh fana ini... di Kuala Selangor ialah Bukit Melawati.. Kebetulan Cuti Hari Raya Haji aku balik kampung kesayangan ku.. dan kebetulan hari khamis tu aku ada urusan di Pej. Tanah Kuala Selangor..so

aku pn.. memanjakan diri aku dengan monyet2 di Bukit Melawati rasernyer ramai yang tau kat Bukit Melawati ni memang terkenal ngan monyet yang jinak2.. jinak x jinak laa.. kalo dia lapor sangat mau dia sambor jer apa yang orang pegang ditangan..huuhuu..

Apapun.. mmg dah lama benor aku tak g kat situ, aku bawa anak2.. mak ngan mak cik aku ..nak tau sejarah kuala selangor haa tgk kt sini yerk Kuala Selangor   .. 

emmm mmg best dapat melancong kan.. walaupun tmpt tu x jauh.. tapi dia penuh ngan sejarah...

 (dari google)


 lepak-lepak 
 mak ngan mak cik

 aku ngan monyet kesayangan... awwwoo




Budak2 dua orang nie.. penakut ngan monyet..cam mak dia ..




Tuesday, November 9, 2010

Wanita Menangis 64 kali Setahun?

Fakta menarik mengenai wanita, kajian daripada German Society of Ophthalmology dan dilaporkan dalam the telegraph pada 15 Oktober 2009, secara purata seorang wanita normal akan menangis di antara 30 hingga 64 kali dalam tempoh setahun, berbanding kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam tempoh setahun. Kalau diambil jumlah maksima 64 kali dan dibahagikan dengan 12 bulan dalam setahun, secara purata seorang wanita menangis sebanyak 5.3 kali sebulan dan jika dibahagikan pula dengan 30 hari dalam sebulan, seorang wanita akan menangis sebanyak  0.18 kali sehari.

Manakala kalau diambil jumlah maksima lelaki menangis 17 kali setahun dan dibahagikan 12 bulan, lelaki hanya menangis 1.42 kali sebulan. Di samping itu analisa tersebut juga mendapati purata wanita mengambil masa sehingga 6 minit untuk menangis berbanding lelaki hanya 2 hingga 4 minit.
Apakah faktor yang menyebabkan wanita menangis? satu persoalan yang begitu subjektif dan mempunyai ribuan jawapan mengikut persepsi masing-masing, namun berdasarkan carian dalam Askmen.com, lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita untuk menangis iaitu:

Hormon
Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.

Manipulasi
Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain.

Emosi Keikhlasan
Sekiranya tangisan wanita tidak berkaitan perubahan hormon dan manipulasi, faktor yang membuat wanita menangis adalah sebagai ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.

Kemarahan
Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunaka kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tida terhingga terhadap sesuatu situasi.

Memori
Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan.

Manakala dalam persepktif Islam pula, menurut Ibnu Qayyim – terdapt 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu: 

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;
2. Menangis kerana rasa takut;
3. Menangis kerana cinta;
4. Menangis kerana gembira;
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;
6. Menangis kerana terlalu sedih;
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43) 

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. 

Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

….Bila kali terakhir kita menangis, dan apakah penyebabnya… adakah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa dan bertaubat pada Allah? 

 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin