Friday, March 6, 2009

Tips Melahirkan Perasaan Dalam Komunikasi

Yang ni aku kene belajar...


Ini beberapa tips untuk membantu Anda :

1. Belajar Berterus Terang.
Cuba belajar untuk berterus terang dan ikhlaskan hati dalam berkata-kata. Bila berbuat gitu Anda akan jadi terbiasa untuk melahirkan perasaan dalam kata-kata Anda kepada orang yang Anda boleh percayai. Tetapi, tengok keadaan dulu, biar cari timing yang sesuai.

2. Ucap Dengan Relaks Dan Santai.

Latih diri Anda untuk bijak mengawal emosi. Jika Anda tidak tahu bagaimana untuk melahirkan perasaan dalam komunikasi lisan (percakapan, perbualan) latih diri Anda dengan meluah sikit-sikit dulu.

Pada permulaan, memang rasa kekok untuk meluahkan perasaan dalam nada santai, yang relaks dan yakin. Terus terang saya kata, memang agak gugup. Tapi, bila Anda bijak mengawal emosi dan belajar memberanikan diri, lama-kelamaan Anda akan mampu melakukannya.

3. Ubah Mindset Anda.
Jika sekarang ini Anda seorang yang pendiam dan pemalu, ubah mindset Anda. Tekadkan diri mahu menjadi seorang yang peramah dan yang bijak berkata-kata bermula dari hari ini.

Latih diri untuk selalu bercakap-cakap dan berbual dengan orang lain secara berdepan, sesiapa sahaja, mungkin abang, kakak, adik atau kawan-kawan Anda. Latih diri untuk bercakap dengan nada suara yang jelas dan kuat, tapi biar yang sedap didengar, tak le kuat sangat.

Jika sekarang ini Anda takut atau segan nak meluahkan perassan pada orang lain, ubah mindset Anda dan ubah tabiat Anda tu. Lihat diri Anda sebagai seorang yang peramah, telus berkata-kata, professional dan mempamerkan air muka yang yakin.

Katakan pada diri, jika Anda tidak berubah sekarang, sampai bila-bila pun Anda takkan dapat meluahkan perasaan dalam komunikasi. Ia perlu berlaku sekarang!. Its now or NEVER.

4. Kawal Rasa Malu
Kita payah nak meluah perasaan sebab rasa malu yang tebal. Sebenarnya rasa malu, gugup dan segan tu boleh dikawal.

Sebelum Anda meluahkan perasaan, tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan 4 saat dan hembus perlahan-lahan. Buat dalam 3 atau 4 kali. Ini membantu untuk menambah keyakinan dalam diri dan menjadikan perbualan Anda santai.

Ia juga dapat mengelakkan Anda menjadi gopoh, panik, tergagap dan jadi tak keruan secara tiba-tiba. Believe me, orang lain suka melihat gaya percakapan yang lancar, santai dan nampak yakin.

Mana-mana gadis mudah tertawan dengan gaya komunikasi seorang lelaki yang sopan, lancar serta yang berterus terang dalam berkata-kata. Tapi, mereka tak suka gaya percakapan lelaki yang menunjuk-nunjuk, bercakap besar, pemarah, ego, kasar, takde tolak ansur, mendesak, memperkecilkan orang lain dan yang asyik bercerita tentang dirinya saja.

Jadi, untuk melahirkan perasaan dalam komunikasi, paling penting beranikan diri, kawal rasa malu dan luahkan dengan santai! Moga tips ini membantu Anda yang pendiam, pemalu dan yang 'penyegan' untuk berubah menjadi seorang yang bijak meluah perasaan dalam komunikasi.

1 comment:

Masviona said...

good info...tq sharing kat sini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin